Followers

Saturday, July 23, 2011

Potluck

Salam buat semua.
Dah lama tak update blog, minggu lepas tak de kat umah, g kursus manikayu 3(2) di kem rimba templer Rawang. Next post nak cite pasal kursus ni. Hari ni nak sembang pasal potluck, almaklum le puasa tak lama lagi, masing2 sibuk le nak mkn itu ini. minggu dpn dah sure tak dpt makan sama2 di siang hari.
semalam aku bawa le spiral goreng ke sklh. Ala2 makaroni pintal le tapi yg kecik skt. Resepi aku hentam je le mcm nak buat mi goreng kot, tapi ok jugak rasanya.
 spiral yg dah direbus dan ditoskan
 bahan2 lobak potong dadu, bwg putih 1 labu, bawang besar 2 labu. minyak zaitun tuk menumis
 Tuna 2 tin ( buang airnya )
 cili serbuk dan sedikit oregano ( lupa nak msk dlm gambar )
 hasilnya... lupa nak amik gmbr nasib baik tak abis lg.
 ni bekalan yg di bawa ole rakan2 yang lain, yg paling aku paling suka, sagu gula melaka yg di buat oleh kak mazlina.. yummy..
 Tak ketinggalan agar yg di bawa olh si bujang, shahrizal.
sambil2 tu cuci mata yek dgn kek yg aku buat tuk 2 minggu yg lepas sorry lambat upload, tak sempat.
 tempahan dr zainon, TQVM.
 kedua2 kek ultraman adalah tempahan kak rohaida. Tq kak.

 Tempahan dr preschool skki

Tempahan June, kerani kat office. Tq.
tempahan dr Faizah, Pembantu di Preschool. Tq.

alhamdulillah, banyak gak tempahan aku dapt kebelakangan ni, semenjak rajin berblog n FB. Semoga Allah menambah lagi rezeki yg ada, Amin.

Monday, July 18, 2011

seaweed noodles

Salam buat semua.
Seaweed mi... rasa mcm mi le..2 minggu lps seorg ustaz yg mengajar disurau tpt aku mengaji membuat jualan utk menampung kos pusat tahfiznya. ada macam2 brg yg dibawanya, aku rasa kalau beli mi sesuai le buat aku yg suka masak ni( angkat bakul sndiri lak ). Aku try msk ala2 spageti. Simple je bahannya : mcm dalam gambar kat bwh ni yek, tengok je, tak payah tulis pun tak pe..hehe...
mi yang dah direbus dan tos
 
bahan2 bawang besar, bawang putih - tumis dgn sdkt minyak, ayam cincang, dan sos spegeti.
nyam. nyam... yummy..
habis di makan sampai licin ..emm tak sia2 mama masak ye..
nasib baik smpt amik gambar kalau tak , pinggan ni mcm nampak dah basuh je..haha..

Friday, July 8, 2011

Resepi donat

Assalamualaikum.
Entry khas buat anak pengakap.
Hari rabu yg lalu, aku mengajar ahli pengakap memasak donut. kepada yg tak sempat salin resepi, boleh copy kat sini yek.

Bahan2
1 kg tepung gandum
1 pkt yis kering ( mauripan )
2 biji telur
2 cawan air ( 500 ml)
2sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 cawan marjerin

Minyak masak utk menggoreng
gula caster utk sira donut

cara2:
1) Semua bahan disatukan dalam bekas dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
2) biarkan doh rehat hingga mengembang 2x ganda dan uli semula doh.
3) bentukkan doh mnegikut bntk yg di sukai dan biarkan rehat sebentar.
4) goreng doh hingga kekuningan, angkat, toskan minyak dan boleh terus di sira dgn gula semasa masih suam.
 tengah tunggu giliran menggoreng
 macam2 bentuk ada
 menikmatan hasil masakan masing2
 aktiviti memasak adalah akt yg plg ramai kehadiran murid, nasib baik cukup donutnya.

4 kg tpg di uli , nasib baik 3 kg uli kat rumah guna mesin, 1 kg uli utk demo kat ahli2
 doh lebih 1/3 kilo cikgu bw balik n buat donut sosej.
hasil kerja org malas, donut gulung jadi donut tepek je, huhu... Tapi donut ni still lembut sampai pg esok, buat sarapan.. hehe..

Saturday, July 2, 2011

resepi coklat moist cake/cupcake

Salam
Ini resepi feveret saya dari sis inlow, Pn Norzaiton Shamsuddin. Tqvm kak Aton. So nak kongsi le dgn sesiapa yg nak cuba, mmg sedap n makin lama simpan makin sedap n moist. Kat suhu bilik boleh tahan dalam 5 hari, kalau kat peti ais lagi lama le..
Coklat moist cake/ cupcake
Bahan2:
Bahan A
2cawan tepung
1 cawan sebuk koko
1 sdt sodabicabonat
1 sdt baking powder
(ayak semua bahan A)
Bahan B
5 biji telur
1sdt esen vanila
2 cawan gula caster
1/2 cawan susu pkt manis
1 cawan minyak masak/ jagung
Bahan C
1 cawan air panas
cara2 :
1) bahan B di adun dalam 1 mangkuk sampai sebati ( Boleh kacau dgn senduk kayu atau mixer)
2) Setelah sebati masukkan bahan A dan kacau sebati.
3) Setelah sebati masukan bahan c dan kacau sebati.
4) Bakar dalam acuan cupcake 170 C selama 15 minit atau masukkan dalam loyang 11" selama 45 minit.
Untuk lebih sedap boleh curah coklat ganache :
500 g coklat masakan
125 ml susu cair/ segar
2sdb butter/ marjerin.
Double boil semua bahan sampai cair. Bagi yg ada microwave, panaskan 30 saat high. keluarkan dan kacau sampai sebati, kalau tak cukup cair boleh panaskan semula dalam 15 saat, jgn terlalu lama krn kepanasan boleh merosakkan coklat.
Dah cair curah atas kek. Kalau nak buat salut kek boleh tunggu sampai ganache keras bila sejuk dan salut pada kek.
kat bawah ni gambar kek coklat moist yg aku pernah buat.





Friday, July 1, 2011

minggu tak sihat

Assalamualaikum.

Dah lama tak kena demam, rasanya tahun ni blm mc lagi. minggu ni kena serangan selsema yang teruk smpai rasa nak demam. makan ubat pun masih tak kebah2 lagi. Tapi aku gagahi jua pergi kerja n baking. Minggu ni dpt tempahan BBcake dari cikgu helen n Coklat indulgence dari Hana. Dah lama tak buat kek coklat indulgence, kekok lak rasanya. Aku kalau dah lama tak buat mula le skill hilang, kek tadi comot je rupanya, tapi tak pe le asal rasanya sedap. Masa buat BBcake aku ajak member dtg umah utk belajar boh ising kek tu. Dah lama dia nak belajar , cuma masa tak bkesempatan. So smbil belajar boh ising BBC aku tunjuk skali wat coklat moist cc yg dia pernah order dulu. So kira ni mcm kelas buat kek le.

 kak as tekun mendeko cc. Ptg tu sepatutnya ada aktiviti koku, tapi batal, so dpt le lama skt belajar deko kek.
 Terukkan aku, tetiba lak mengajar org deko kek, padahal asalnya kak as nak nengok aku deko BBC je, last2 kena belajar wat ni lak. Bkn apa kak saya amik kesempatan kehadiran akak kat umah sy, bkn selalu leh datang, almaklumlah msg2 sibuk memanjang.
 cc yg siap di deko nak bw balik.
 Ni kek coklat ind, yg Hana order utk anniversary parent dia. TQVM Hana.

ni CC yg blm deko. Lain kali aku bg resepi ye, sibuklah tak smpt je. Rasanya mmg marvelous, resepi kak Aton,my sil.