Followers

Sunday, September 25, 2011

ORDER DaRi BLOG

Assalamualaikum n salam sejahtera
Minggu ni siapkan order dari kak Ina, jiran setaman. Walaupun setaman tapi dia dapat nombor aku dari blog ni. Nampaknya blog aku ni dah ada le kat search engine google... Maklum le pertama kali org call nak order kek, teruja le pulak. Biasanya kek aku buat ditempah oleh rakan2 je.

 3 layer sponge cake. strawbery, bluebery n pandan flavour. Di lapis dgn strawbery filling.

 color gmbar tak berapa menarik pasal guna camera telefon je.
 red valvet cupcake.

Kak ina tempah kek utk pertunangan anak buahnya. Tqvm kak Ina for order. Tq jugak buat Hana yg order kek coklat utk jamuan kelasnya.

Monday, September 19, 2011

kek pelangi

assalam
Teruja tengok kek pelangi di beberapa blog bakers membuatkan aku rasa mcm nak try je. Hari ni tercapai hajat, tapi guna spongecake yang diubah suai bancuhannya. Tq Suzie sbb bg akak merasa kek pelangi Besday Dina tempohari.
Jemputle view gmbar keknya
 Ni gmbar yg belum disalut cream cheese

 kerana kekurangan cream cheese( nipis sampai nampak bayang kek kat dalam ), guna butter cream coklat utk deco.
kek sempena besday my eldest son. Hepi belated besday syahmi.

Resepi
500g sponge cake mix (tepung)
10 biji telur
250ml lemon sprite
2 sdk esen vanila
7 jenis pewarna kek
125g butter yg di cairkan
Hiasan :Cream cheese untuk menyalut lapisan kek ( Resepi yang biasa, guna utk carrot cake)
Cara:
1) pukul telur, tepung, lemon sprite, dan esen vanila dgn hi speed sampai kembang.
2) masukkan butter cair dan kaup balikkan campuran tadi.
3) bahagikan kpd 7 bahagian dan letakkan pewarna kuning, oren, merah, hijau, biru, biru tua dan ungu. ( saya letak perisa stobery pd merah, blue beri pada biru tua, yg lain tak letak perisa )
4) bakar selapis2 dalam loyang 11" yg dialas kertas. 160 c 10 minit setiap satu.
5) Setelah sejuk lapiskan cream cheese (nipis je, banyak sangat nanti rasa muak )pada setiap lapisan.
 dan salut dgn cream cheese juga pd bahagian luar.
6) sejukkan dalam peti ais.. enak sekali.
Selamat mencuba.

Sunday, September 18, 2011

kek perkahwinan 2

Assalam
Lama dah rasanya tak update blog. Minggu ni sibuk dgn anak yg amik UPSR dan melatih anak2 utk KATMO bola jaring mini. Alhamdulillah masih lg mampu nak siapkan tempahan kek sambil2 memenuhi undangan open house. Minta maaf banyak2 kpd tuan rumah yg aku tak sempat nak dtg. Bayangkan kalau 1 hari ada 5 undangan, tak cukup masa rasanya, maunya kuar rumah pagi balik malam.
Jemputlah cuci mata dgn gambar kek tempahan yang aku buat.
 Tempahan dr My catering, kek perkawinan 3 tingkat. TQVM Ewan.

 Maaflah ye tema pengantin merah hati, tapi aku ada warna merah cam gini je... Next time kena cari warna merah hati.. huhu..

Tq Izan for order. Ni order dr Izan kawan kerja hubby kek lapis pandan.


Sunday, September 4, 2011

Raya 2011

Assalamualaikum
Selamat hari raya, maaf zahir n batin kpd semua.
Bizy sggh sampai tak smpt nak update blog, ditambah pula broadband mmg lmbab bila kat kg, dgn cuaca mndung n hujan, signal pun takde.
Raya tahun ni mmg meriah, mcm2 yg dicuba. the best thing is main meriam buluh, bila meletup je tempias angin n bunyinya mcm nak jatuh jantung dibuatnya, tambah best bila ada yg menyahut dentuman, berbalas balas, sampai opah jerit baru nak berhenti.
Satu lagi dapat belajar buat lemang, lain tahun aku rasa leh buat sendiri heh...heh.. perasan dah pandai le tuuuu....
 hubby dok main meriam buluh
 buluh kena backup ngan batang paip sbb dah 3 batang asyik pecah je.
 mengisi beras pulut n santan, opah memasukkan daun.
 MIL n SIL memerah santan
 Proses bakar lemang, taun ni banyak yg berkerak sbb masak banyak sangat smpai tak terkawal.
 Hubby smpat buat tabung duit
 me, solat raya fitrah @ masjid cht sulaiman
 Suasana lps habis solat @ masjid cht sulaiman
 MIL n 10 org cucu tak cukup 1 tak tau pegi mana.
 Bertemu sahabat lama, Ex 5sc seramai 9 orang
Basiron, saiful, roziatul, Fuad, Rozita , Norsiah, Aisyah, Siti Suhaida n Hajana
 My biskut raya, tahun ni pecah rekod tak beli biskut lansung.
Kek tempahan My hubby friend, TQVM Man