Followers

Monday, November 28, 2011

try fondant pulak.

Assalamualaikum.
Bersemangat sungguh nak try fondant, pasal baru beli alphabet cutter. mula deko kek 10 mlm, kul 1 pagi baru tido...dah minat nak buat camne... Jom view hasil keje aku minggu ni ..
 Iman bawak g taska.
 utk ayope n angah yg baru blk camp
 kek pelangi versi kek sponge strawberry with buttercream +creamcheese
 kek hantaran order by Dila adik kpd ustazah Suhaila tpt anak mengaji quran. Tqvm.

 cupcake order by kak normawati, tq kak.
Yg bawah ni kek kahwin order by Ewan from My Catering. Tqvm


Monday, November 21, 2011

Kek perkahwinan

Assalamualaikum
Hari ni dah mula cuti sekolah. Anak2 yg 2 orang tu pergi kem Tahfiz, pergi dalam terpaksa. Jumaat ni br blh amik bawa blk. taktau le mcmana keadaan ke2 duanya. Aku doakan agar Allah buka hati anak2ku agar mencintai al quran iaitu mukjizat dan wasiat yg ditinggalkan Nabi saw utk umatnya.
Alhamdulillah smlm siap sudah 2 set kek kahwin yang ditempah oleh Ewan dr My catering. Tq Ewan. Nak jadi cerita aku lak beli kek stand 8 batang je, sepatutnya 16. Jadi aku terpaksa le g bakery shop utk beli benda alah ni. Kedai pulak buka 930 pg, pekerja dia buka je kedai aku terus serbu. Nasib baik smpt lg deliver ke mengikut masa yg dijanjikan.


 kek pandan ni order dr ustazah yati n blueberry order dr pn rohani. Tqvm buat kedua2nya.

Sunday, November 13, 2011

kek hantaran

assalamualaikum.
coklat moist cake order by kak Siti utk majlis pernikahan anak makciknya di kg idaman. TQVM kak.


puteri ayu tak menjadi...

Assalamualaikum..
Smlm kuih puteri ayu yg aku buat tak berapa nak jadi. Rasa bsalah sgt2 kat kak ida. Tu semua pasal aku pndai2 mengubah resepi, disebabkan tambahan air pandan menyebabkan ianya tak jadi gebu mcm selalu. Lain kali kena beringat sangat pasal ni...


Friday, November 11, 2011

Solat Jumaat

Assalammualaikum
Tghari aku mengantar anak2 g solat Jumaat. Biasanya anak2 yg tunggu aku dtg, sbb aku mls nak menempuh kesesakan masa para jemaah bpusu kuar masjid.
Hari ni awal pulak aku dtg, rasanya baru nak msk rakaat ke 2, so dpt le aku menyaksikan gelagat bdk2 yg pegi solat jumaat ni. Dah sah2 aku nampak sekumpulan budak tu tak smbahyang, duduk je tepi tangga sambil berborak, Ada 2 ke 3 org aku kenal pasal anak murid aku. Dan dari kejauhan itu juga aku nampak beberapa org budak bersepak terajang ketika tgh solat, aku kenal sangat budak tu, siap kau hari isnin ni.Aku takut gak anak2 aku main mcm tu. Tak lama lepas tu pak imam bg salam, habis aje salam berpusu2 bdk kuar masjid , aku perhati je kot2 anak aku antara yg kuar dulu, nasib baik diaorang tak kuar awal kalau tak siap jugak le. Aku ingat bdk2 je kuar awal rupanya bapak budak pun sama. apa yg nak dikejarnya aku pun heran gak. Nak msk keje, awal lg, sampai tak smpt doa pun. Dalam kete aku membebel kat anak2, versi bagi nasihat le... mama tak nak korang bla.... bla...bla... Nasib korang le ari ni kene bebel ngan mama.


Monday, November 7, 2011

tqvm kak ida n zuraidah

Assalamualaikum.
Order dari kak ida n zuraidah sempena aidil adha. Tqvm kerana sudi order.
 order dari kak ida kek pandan n puteri ayu


 order dr zuraidah sempena hari lahirnya, semoga pjg umur n murah rezeki.


Sunday, November 6, 2011

Ibadah Korban 2011

assalamulaikum.
Selesai sudah Ibadah korban di Surau Al Ehsan. Malam ni kenduri dan ceramah perdana sempena aidil adha. Jom view foto pagi tadi...

 7 ekor lembu n 4 ekor kambing







Salam raya korban dari kami sekeluarga.


Saturday, November 5, 2011

Apam polkadot versi ladybird n bee

Assalamualaikum
Hari dgn penuh bsemangat aku mencuba membuat apam polkadot yg amat pofular ketika ini. Rasanya inilah kali pertama dan mungkin yg terakhir aku membuatnya. Aku mmg tabik abis kat penjual apam polkadot ni, mmg rajin le org yg dok buat menda ni. Bukan malas nak membuat lagi tapi rasanya anak2 aku tak berapa suka pulak dgn apam ni. Makan dua tiga biji dah, tak amik lagi. Kalau mcm tu, jwbnya aku je le yg dok mengabis kan benda ni. Konon nak buat hidangan utk Aidil adha besok, tu yg aku buat tu. Utk esok aku masak ala kadar je, kari ayam, ketupat pulut. ketupat nasi, kuah kacang. Almaklum le beraya di perantauan.
  






Ni le resepi yang aku amik dari blog Madhihaa. Thanks Madihaa. Semua bahan diatas di pukul hi speed sampai gebu. pastu kukus dgn api perlahan, pasal color ni sory le aku mmg tak minat nak letak banyak2. tu yang pudar je.


Thursday, November 3, 2011

order minggu ni

assalamualaikum
Terima kasih kepada Pn Shahrumniza. Order untuk Pra sekolah SKKI. Cupcake n BB cake.



Tqvm juga buat kak Zai. Kek BB untuk besdaynya.
TQVM buat pn Rohani PK SK Lasalle.




Wednesday, November 2, 2011

order dari kak Ida

Assalamualaikum.
Order dari kak Ida,Cake Pandan Layer, BB cheese tart dan kuih puteri ayu. TQVM kak ida.