Followers

Friday, December 23, 2011

resepi muffin vanilla

Resepi muffin mmg banyak  kat internet tapi sy nak kongsikan pengalaman membuat muffin yg sedap ini.Resepi dari Yani yg sy ambil dari blog mat gebu. Resepi asal pandan muffin diubah suai menjadi vanilla muffin. Mmg sedap n gebu sebab testernya adalah anak sy sendiri. Sekali makan iman boleh habiskan 3 biji dan mintak lg, mama kata tak elok iman mkn kek bnyk2 waktu malam nanti gemuk, esok iman mkn lg ye, hehe... Ni sy guna cupcake saiz 10. Bancuh 2 adunan dan dapat dlm 38 biji. sy bakar garing skt sbb saya rasa kalau garing lg sedap.
bahan2nya
180 g mentega (sy guna planta)
140 g gula halus
2 biji telur
80 ml susu segar
2 cmt esen vanilla
220 g tepung naik sndiri (asalnya 220 g tpg gandum +2cmt baking powder/ayak)
cara2 :
1) putar mentega n gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu.
2) Stlh sebati tambahkan esen vanilla dan masukkan tpg berselang dgn susu segar.(speed perlahan)
3) Isi dlam acuan n bakar 20 mnt 180 c
Selamat mencuba

Tuesday, December 20, 2011

Tauhu sumbat

Assalamualikum.
Tauhu sumbat mmg kesukaan aku. Sampai kakak gerai yg jual kuih dkt sklh pun tahu aku suka benda ni. So cuba le buat sendiri versi resepi yg diagak2 je.
nilah bahan2 nya. Gorengkan tauhu hingga kekuningan dan belah 2 utk mengeluarkan isinya. Tumbuk bwg, isi ikan, lada hitam bersama garam dan gula. setelah sebati gaulkan bersama isi tauhu, carrot yg diparut, daun sup n daun bawang
 bulatkan bahan tadi untuk di sumbat kedalam kulit tauhu yg tlh di goreng kekuningan. Kalau isinya lebih bulat2kan sahaja utk di salut telur n di goreng.

 sebelum dicelup kedalam telur, golek2 kan didlm tepung jagung, mcm dlm gambar ye. pastu baru celup dlm telur yg telah dipukul dan goreng hingga garing.
Inilah hasilnya. pencicah guna sos keropok sahaja. kalau nak buat sndiri, blend cili kering dgn air asam jawa. masakkan dgn api perlahan dan tambah gula dan garam. letak gula lbh skt kalau nak sedap.

Sunday, December 18, 2011

pandan layer, bberry cake n coklat moist

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, minggu ni smpat aku menyiapkan tempahan dr kak tom, kek bberry n coklat moist. Manakala kak anis pula tempah kek pandan layer. Tqvm buat kak anis n kak tom. Walaupun fikiran berserabut sangat dikala ini. Moga Allah beri petunjuk dan kuatkan semangat aku. Nape ke lain pulak ni, hehe... jom view the cake picture.


 

Saturday, December 17, 2011

cup cake for berkat

Assalamualaikum.
Aku mmg baru dalam dunia bisnes kek ni. mggu ni ada kawan tanya, bape ye hage cup cake kalau letak dlm bekas dome. Gelabah aku nak jwp, yelah tak pernah jual lg macam tu. Biasa jual tak berbekas, pack dlm kotak je dan terus serve utk mkn2. Pergi le kedai bakery utk servey hage bekas yg ada tutup dome. mahal jugak regenya kalau beli skt2. So atas permintaan aku ada le snap beberapa gambar utk rujukan kpd sesiapa yg minat nak tempah kek versi ni. Harga kena contact aku le kalau nak tahu. Malu le nak pamer kat sini..hehe.. InsyaAllah rasanya hage yg aku bagi mmg berpatutan. Tapi versi ni aku hanya buat kek coklat je ye.
 versi simple deko dalam bekas penutup dome
coklat moist tanpa deko plastik pack
 Isi dalam bekas dadih
 Tanpa deko dgn penutup dome




Wednesday, December 14, 2011

Edisi menghabiskan stok

assalamualaikum
saje try buat kek ala2 krim chekerd gitu. Tapi tak nampak le kotak2 tu pasal color tak bape nak kontrast. krim putih aku guna whiping cream + coklat putih dan yg krim coklat guna butter cream +coklat powder n perisa.
kek guna resepi coklat moist yang dibakar 3 x. utk kek yg lembap aku suka bakar sikit2 pasal kalau bakar 1 adun sekali bhgn tengahnya lambat masak dan mengakibatkan tepi kek cpt hangus.

 paipkan cream berselangseli. kalau lapisan pertama start putih, pada lapsan ke 2 start dgn coklat. Tapi aku lupa nak amik gmbr pd lpsn ke2 so hanya nampak tepi je ye.

 ni le namanya nak abis kan stok apa yg ada saja. kek ni buat last minit sblm pergi cuti ke kuantan.
 hasilnya kek togel... kek ni aku guna resepi utk 1/2 adunan saje.
 masa potong tu pisau tak bawak, jd nmpak berserabai sbb guna blkg sudu je.
makan masa on d way ke kuantan with my big family.


Tuesday, December 13, 2011

Terima kasih n alhamdulillah

assalamualaikum
Balik dr cuti terus menyiapkan tempahan kek. Terima kasih kak wan yg mengorder kek hantaran n bbcheese tart. tempahan ni sblm aku g kuantan. Tq kak Ani mak anak murid aku, Najahada. Kak ani order bb kek utk jamuan perpisahan anaknya yg baru habis spm dan kek yg comel tu buat si manja Najahada. Alhamdulillah.







Sunday, December 11, 2011

Pusat pemuliharaan penyu Cherating pahang

Assalamualaikum.
Bersemagat sungguh hari ni nak post beberapa entry. lps sarapan je pagi tadi kami beramai2 menuju ke cherating nak menengok penyu katanya. Sampai kat sana semua penyu dah dilepaskan kelaut, ye le semua dah menetas telurnya. rupanya dlm bln jun - ogos penyu mendarat utk bertelur selepas 45 hari telurnya akan menetas dan biasanya semua akan dilepaskan ke laut. beberapa ekor saja yg tinggal utuk dibuat pameran. Jadi kami hanya dapat tgk penyu dalam kolam je hari ni.. tak rasa le nengok penyu dipantai.
Selesai melawat penyu kami pergi meronda dipantai cherating. Tak dpt mandi pasal laut bergelora almaklum le musim tengkujuh.




Rumah peranginan TNB Kuantan Pahang

Gud Morninggg...
Baru je sarapan dah mengadap laptop, almaklum le cuti. Jom tgk picture tpt aku bercuti ni...
 Pergi cuti ikut inlow Suzie tuan punya blog jintan manis yg kerja dgn uniten.
 Banglo 3 bilik
 Ada taman permainan
 wakaf
 ruang tamu
ruang makan and dapur


Saturday, December 10, 2011

Kuantan Aku Datang Lagi...

Assalamualaikum...
Hari Aku sefamily n ipar duai belah suami bercuti ke kuantan. So, taun ni kali kedua le aku ke Kuantan , bln Okt lepas aku ada family day di De Rhu beach resort Balok. Kali ni berehat2 di banglo peranginan TNB, mengikut biras aku pn Suzie. Nampak dr luar dah teruja tgk banglo ni, first time nampak rumah ni hati berkata2, rumah sape le ni, best kalau dpt duduk rumah mcm ni. Alih2 tgk rumah ni le yg kami akan duduk 3 hari ni.
Trip pertama kami sblm sampai kuantan singgah dulu ke pusat pemuliharaan gajah di Kuala gandah. Mmg best tpt ni, pelawat boleh bg gajah makan, bergambar dgn gajah, menunggang gajah dan paling best boleh mandi dgn gajah, Masuk pun free. Tapi tak de rezki kami sekeluarga utk naik gajah n mandi dgn gajah hari tu pasal aktiviti utk org awam adalah slps pkl 2 ptg. Gajah mandi waktu petang je ye, kami sampai pg dlm kul 11pagi nasib baik ada lawatan berkumpulan dari jab pengangkutan, dapat le kami merasa memberi gajah makan. Kalau nak di jelaskan dgn pktn mmg tak tetulis so kita tgk gambar ye... 

 Bergambar dgn rangka gajah. Gajah haiwan yg kuat makan n minum, Sehari pusat ini belanja Rm100 untuk seekor gajah.
 bagi gajah makan

 nenek gajah, 75 tahun usianya.
 basah kene sembur ngan gajah.
ok, esok cite lg ye, nak tidur dulu, slps kekenyangan menikmati mkn mlm ala2 western gitu.


Wednesday, December 7, 2011

order kek lg..

Assalamualikum.
Terima kasih buat kawan2 yang sudi order kek ngan saya. Alhamdulillah, bertambah rezeki cuti sekolah ni. Jom view picture ye..
 TQVM Ewan My catering
 Tqvm Dilla
 Tqvm cikgu Nazirah Sk Port Klang

 Tqvm Ayun, Classmate masa tkt 1  - 3 Kat SM Sungkai.