Followers

Wednesday, January 30, 2013

Rainbow cake

Assalamualaikum,
Semalam saya siapkan tempahan rainbow kek untuk kawan kepada kawan saya. Faham tak siapa yang tempah, kalau tak faham baca balik ayat nya ye, heheee...
Terima kasih Kak Asmah sebab tolong promotekan kek saya, kalau kawan dah promote saya pun nak promote jugaklah kat blog ni. Kalau ada sesiapa yang teringin nak makan kek pelangi tapi tak sempat  nak buat sendiri boleh lah hubungi talian saya ye, jangan segan2 Insyaa Allah akan dilayan. Inilah gambar kek pelangi versi saya :
 Terima kasih kepada cikgu, yang sudi tempah kat saya ( sorry lupa nama)
 Kat dalmnya saya lapis dgn creamchese toping dan yang luar deko dengan butter cream.



Dalamnya lebih kurang camni lah, tapi ini bkn kek tadi ye, yg ni saya buat untuk makan sendiri sempena besday anak saya.


Monday, January 28, 2013

Kek sepanjang minggu ini

Assalamualaikum
Alhamdulillah, minggu ni dpt beberapa tempahan dari kwn2. Hari ni rajin pulak rasanya nak upload gambar. yalah, untuk promote kek kat pelanggan mesti kena rajin hehee..
Jom layan gambar kek yang saya buat sepanjang 2 minggu lepas.
 carrot kek yg di order oleh Pn Azlina dr kg jawa klang, utk besday anaknya. Tq, senang berurusan dgn azlina, tapi tak sempat nak jumpa.

 kek hantaran perkawinan yg ditempah oleh jiran saya untuk pengasuh anaknya. Tq kak shida

 Blueberry kek untuk besday anak cukgu ummi.Tq.
 Kek ditempah oleh cikgu helen untuk pertunangan anak buahnya, katanya untuk makan2 je, sbb tu sy deko simple je. Tq kak helen.
 Happy besday buat cikgu2 sk kg pendamar, tq.
 kek pandan tempahan dari kak faridah, Tq.
 kek coklat hantaran pertunangan di tempah kak umi. tq. 

Saturday, January 19, 2013

2013

Assalamualaikum
 
Posting pertama saya untuk 2013. dah lebih sebulan tak update, sibuk dengan kerja dan urusan persekolahan anak- anak. Alhamdulillah 2012 berlalu dengan penuh rasa bahagia walaupun terselit berita sedih dengan pemergian 3orang ahli keluarga dan beberapa rakan taulan yang rapat.
Apapun hidup mesti diteruskan, banyak perancangan dalam kepala, tapi itu semua perlu di tulis untuk menaikkan semangat mencapainya. In Syaa Allah segala perancangan akan berjaya bila Allah redha.
 
Ya Allah, permudahkan urusanku.....