Followers

Monday, September 19, 2011

kek pelangi

assalam
Teruja tengok kek pelangi di beberapa blog bakers membuatkan aku rasa mcm nak try je. Hari ni tercapai hajat, tapi guna spongecake yang diubah suai bancuhannya. Tq Suzie sbb bg akak merasa kek pelangi Besday Dina tempohari.
Jemputle view gmbar keknya
 Ni gmbar yg belum disalut cream cheese

 kerana kekurangan cream cheese( nipis sampai nampak bayang kek kat dalam ), guna butter cream coklat utk deco.
kek sempena besday my eldest son. Hepi belated besday syahmi.

Resepi
500g sponge cake mix (tepung)
10 biji telur
250ml lemon sprite
2 sdk esen vanila
7 jenis pewarna kek
125g butter yg di cairkan
Hiasan :Cream cheese untuk menyalut lapisan kek ( Resepi yang biasa, guna utk carrot cake)
Cara:
1) pukul telur, tepung, lemon sprite, dan esen vanila dgn hi speed sampai kembang.
2) masukkan butter cair dan kaup balikkan campuran tadi.
3) bahagikan kpd 7 bahagian dan letakkan pewarna kuning, oren, merah, hijau, biru, biru tua dan ungu. ( saya letak perisa stobery pd merah, blue beri pada biru tua, yg lain tak letak perisa )
4) bakar selapis2 dalam loyang 11" yg dialas kertas. 160 c 10 minit setiap satu.
5) Setelah sejuk lapiskan cream cheese (nipis je, banyak sangat nanti rasa muak )pada setiap lapisan.
 dan salut dgn cream cheese juga pd bahagian luar.
6) sejukkan dalam peti ais.. enak sekali.
Selamat mencuba.

2 comments:

  1. jana........jelesnyer tgk kek pelangi tu.....

    ReplyDelete
  2. Kak Jana cream cheese tu kalau colourful juga lagi menarik instead of coklat jer...tahniah2..boleh jadi koleksi tempahan pasni..

    ReplyDelete