Followers

Tuesday, December 20, 2011

Tauhu sumbat

Assalamualikum.
Tauhu sumbat mmg kesukaan aku. Sampai kakak gerai yg jual kuih dkt sklh pun tahu aku suka benda ni. So cuba le buat sendiri versi resepi yg diagak2 je.
nilah bahan2 nya. Gorengkan tauhu hingga kekuningan dan belah 2 utk mengeluarkan isinya. Tumbuk bwg, isi ikan, lada hitam bersama garam dan gula. setelah sebati gaulkan bersama isi tauhu, carrot yg diparut, daun sup n daun bawang
 bulatkan bahan tadi untuk di sumbat kedalam kulit tauhu yg tlh di goreng kekuningan. Kalau isinya lebih bulat2kan sahaja utk di salut telur n di goreng.

 sebelum dicelup kedalam telur, golek2 kan didlm tepung jagung, mcm dlm gambar ye. pastu baru celup dlm telur yg telah dipukul dan goreng hingga garing.
Inilah hasilnya. pencicah guna sos keropok sahaja. kalau nak buat sndiri, blend cili kering dgn air asam jawa. masakkan dgn api perlahan dan tambah gula dan garam. letak gula lbh skt kalau nak sedap.

No comments:

Post a Comment