Followers

Saturday, November 3, 2012

Puding Pelangi/pancawarna

 
 Puding untuk Zainon Razak. Tuan punya belog kesah kaseh sayunk
 Baru je siap dimasak . Kuning kastard, merah strawberry paste, Hijau pandan paste n coklat koko powder. Harap2 cik Non suka yer.
 Puding yg telah diusik oleh anakku. Dah tak boleh nak touchup. Terpaksa masak lain untuk Pn Zainon. Siap kena warning budak tu hari ni.
 
 Memang rezeki kami anak beranak untuk makan puding hari ni. Alhamdulillah, sedap....
Hijau letak pandan paste, merah strawberry paste, Kuning castard dan biru, castard yang ditambah pewarna biru.
Resepi puding ni mak mentua yg bagi, dia dengar/ amik resepi ni dari radio PerakFM. Mak mentua pernah menang pertangdingan memasak masa hari merdeka untuk kaum ibu di kg. Tema hari merdeka sesuai le, buat color warna bendera malaysia. Terima kasih pada mak mentua n org yg berkongsi resepi ni. Moga Allah kurnia pahala kerana tak kedekut resepi.
 
RESEPI PUDING PANCAWARNA/PELANGI
Agar2 30 gm ( aku guna agar sepeket harga Rm2.90- 25 gm)
Air 8 cawan ( guna cawan standard 250 ml)
Gula 2 cawan ( Aku guna 1 1/2 je )
susu cair 1 tin
 (masa dah tuang susu aku tambah air cuci tin- elak membazir, campur dgn susu yg ada)
Tepung kastard 3 sudu besar
esen vanila 2 penutup
telur 6 biji (gred C jer )
CARA-CARANYA
1) didih agar bersama 8 cawan air hingga hancur, kemudian masukan gula.
2) sementara menunggu agar2 hancur, campurkan telur , tpg kastard, vanila dan susu dan kacau sebati. Tapis bahan ini untuk elakkan ia berketul.( Bahan B)
3) bila agar2 dah hancur, perlahankan api dan masukkan bahan B sambil mengacau cepat untuk mengelakkan puding berketul. jika dah sebati boleh kuatkan api dan kacau sampai mengelegak, tutup api dan siap untuk di bubuh perisa dan warna.
4) Bahagikan adunan kpd 4 bekas dan letak perisa atau pewarna mengikut kesukaan masing2 
5) Sediakan loyang dan masukkan puding berselang seli, masa ni dah tak boleh nak alih2 loyang takut warnanya bercampur, bila dah nak keras baru simpan dalam peti sejuk. masa letak adunan hendaklah pada tpt yang sama untuk dapatkan belangnya. Contoh, bila dah letak kuning 2 senduk, letakkan hijau diatas kuning tadi 2 senduk juga.kemudian masukkan pulak coklat di atas hijau pula. Seterusnya mskkan merah pula di atas coklat, ulangi proses hingga adunan habis.
 
 Tu jelah kisah puding kita hari ni. jumpa lagi.
 


No comments:

Post a Comment