Bahan kek (resepi dari FB : jom masak)
Bahan A
2cwn tpg gandum
1sdt baking powder
1sdt soda bikabonat
(campur semua bahan diayak 3 kali )
Bahan B
1 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1cawan susu pekat
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
( semua bahan dimasukkan dlm periuk dan dipanaskan dgn api prlahan hingga bahan larut)
Bahan C
2 biji telur A
1 sdt esen vanila
Cara2
pukul bahan c sampai gebu, kemudian masukkan bahan B dan pukul sebati, masukkan bahan A sedikit demi sedikit dan pukul hingga tak bergentil.
Bahagikan adunan dalam 3 mangkuk
bakar adunan satu persatu dalam loyang 9 inci yang digris dan dialas kertas dalam oven pada suhu 170 c selama 10-12 minit setiap lapis. Sejukkan kek.
Bahan untuk lapisan krim.
2 cawan krim non dairy
1sdb serbuk koko
2sdk serbuk nescafe dibancuh dgn 2sdb air panas
2 sdb gula aising
1 penutup perisa coklat
Semua bahan di campurkan dan pukul hingga kental.
Bahan ini untuk dilapis dalam kek ( rujuk gambar dibawah)
Untuk Toping
150gm coklat masakan
50 gm susu cair
1sdb mentega/marjerin
Semua bahan di masak double boil hingga cair, sejukkan sebentar sblm curah atas kek yg dah disejukkan dalam peti ais selama 1/2 jam,
kek yg dah di salut krim dan sejukkan dalam peti ais utk dicurah topping
kek yg siap dicurah toping, lebihan krim boleh diguna untuk buat hiasan.
kepada semua selamat mencuba, kalau ada yang teringin nak order sy sudi menerimanya. jangan segan2 untuk mesej kat no tipun saya,
No comments:
Post a Comment