Followers

Tuesday, November 26, 2013

ORDER KEK PENGANTIN DIBUKA

Assalamualaikum..
Sekolah dah cuti, bolehlah saya aktif balik dgn bisnes kek. Kpd sesiapa yang minat nak order boleh hubungi sy ditalian telefon untuk rundingan harga.
 carrot cake
 kek pelangi
 red valvet
 coklat moist
 coklat sponge cake
 coklat moist
 kek pelangi
 blueberry sponge cake
coklat moist cupcake

Friday, August 23, 2013

Mood Rajin

 Tqvm Mohd Shalmie Saad
 


Wednesday, May 29, 2013

PARATHA WRAPS

Assalamualaikum.
Biar gambar berbicara tentang resipi sarapan pagi tadi. Untuk anak2 yang tengah membesar dan berselera nak makan.





 Selamat mencuba.

Monday, May 6, 2013

PERKHEMAHAN PENGAKAP SELANGOR 2013 WANITA

Dah sebulan tak post cite. Kalau nak ikutkan masa mmg rasa tak cukup jer.. agaknya tak pandai urus lah tu...hehe..Demam piliharaya dah abis  so kita start cite lain lah..
 Hari ni rasa nak kongsikan gambar semasa menjadi urusetia perkhemahan pengakap wanita di ulu semenyih minggu lepas. Tiap2 petang hujan, ber kem dalam lumpur, time ni kasut pua chu kang mmg laku kalau jual kat cini. Kalau nak ikutkan penat mmg penat tapi aku mmg minat jadi pengakap ni dari sekolah lagi, sekali berpengakap terus berpengakap..

 lencana 20101
 tag urus setia
 aktiviti kawad tongkad dan kawad asas di kendalikan oleh kami dari daerah pelabuhan klang

 lencana 2008
 lencana 2006
 pertandingan membuat jerat
 aku menjadi urus setia kerohanian
 peta aktiviti
Jaga waktu solat anak2


Sunday, March 31, 2013

kek coklat 3-layer

 
Bahan kek (resepi dari FB : jom masak)
Bahan A
2cwn tpg gandum
1sdt baking powder
1sdt soda bikabonat
(campur semua bahan diayak 3 kali )
Bahan B
1 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1cawan susu pekat
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
( semua bahan dimasukkan dlm periuk dan dipanaskan dgn api prlahan hingga bahan larut)
Bahan C
2 biji telur A
1 sdt esen vanila
Cara2
pukul bahan c sampai gebu, kemudian masukkan bahan B dan pukul sebati, masukkan bahan A sedikit demi sedikit dan pukul hingga tak bergentil.
Bahagikan adunan dalam 3 mangkuk
bakar adunan satu persatu dalam loyang 9 inci yang digris dan dialas kertas dalam oven pada suhu 170 c selama 10-12 minit setiap lapis. Sejukkan kek.
Bahan untuk lapisan krim.
2 cawan krim non dairy
1sdb serbuk koko
2sdk serbuk nescafe dibancuh dgn 2sdb air panas
2 sdb gula aising
1 penutup perisa coklat
Semua bahan di campurkan dan pukul hingga kental.
Bahan ini untuk dilapis dalam kek ( rujuk gambar dibawah)
Untuk Toping
150gm coklat masakan
50 gm susu cair
1sdb mentega/marjerin
Semua bahan di masak double boil hingga cair, sejukkan sebentar sblm curah atas kek yg dah disejukkan dalam peti ais selama 1/2 jam,



 kek yg dah di salut krim dan sejukkan dalam peti ais utk dicurah topping
 kek yg siap dicurah toping, lebihan krim boleh diguna untuk buat hiasan.
 kepada semua selamat mencuba, kalau ada yang teringin nak order sy sudi menerimanya. jangan segan2 untuk mesej kat no tipun saya,



Thursday, March 28, 2013

Angel Hair Goreng Mudah

 Resepi mudah step by step
500g Pasta angel hair sedang di rebus. rebus sekejap je, sbb pasta ni halus drp spageti.
 Bawang besar n putih ready utk dicincang. Alat pencincang baru beli kat pasar pagi,rm 10. ok juga alat ni.
 Cincang kasar je

 2 sdb marjerin utk menumis
 Daging burger n sosej, lagi banyak lagi sedap
 Tumis bawang n daging burger dihancurkan dalam kuali
masukkan sosej n sos pasta
 
Tambahkan garam, gula n pati ayam
 Boleh tambahkan sos cili n tomato serta 1 cawan air


 Bahan penyedap masakan barat cheese( sy guna mozarela )

 Versi dalam kuali
Masakan mudah dari saya untuk anak2, kalau ada yg gemar makan sayur boleh tambah cendawan, keret  dan apa2 sayur.