Followers

Tuesday, August 23, 2011

Lempeng pisang

Lempeng pisang
5 biji pisang (masak ranum)
3/4 cawan tepung
4 sdb gula
kelapa parut
garam
daun pisang
Cara2;
1) Pisang dilenyek dan di bancuh spt membuat cekodok.
2) buat 1 lapisan doh diatas daun pisang dan tburkan kelapa yg di gaul garam diatasnya.
3) lipat adunan tadi supaya dan menutup bahagian atas
4) bakar dalam kuali dan balikkan hingga masak.
untuk lebih jelas lihat le gambar kat bawah ni. Ini adalah kuih yg selalu arwah opah dan moyang masak semasa aku kecil dulu. Ramadhan ni membuatkan aku selalu terkenangkan arwah. Al fatihah moga mereka berdua di tempatkan di kalangan para solehah.


Saturday, August 20, 2011

kebab

kebab segera
bahan2
4 biji roti sosej (baki dr mini roti john ari tu )
2kpg daging burger (ramli)
1/2 biji carrot( parut)
1/2 biji timun ( parut)
1 biji bawang besar di mayang
Mayonis dan sos cili
Cara2
1) daging burger di goreng (hancurkan) tanpa minyak atas kuali non stick ( buang lebihan minyak yg keluar)
2) masak hingga garing dan angkat.
3) gaulkan daging tadi bersama sayur , mayonis dan sos cili
4) bakar roti yg tlh dipotong dan sumbatkan dgn daging yang telah di gaul tadi. Sedia utk di makan.





Sedekah Ikhlas atau tidak ?

Salam.
Petang Khamis kelmarin, aku dikejutkan dgn panggilan salam dari pagar rumah sebelah. aku jengah ke tingkap, kelihatan 2 budak perempuan dalam belasan umurnya aku agak, memanggil2, tetapi tiada jawapan dari tuan rumah. Kebetulan waktu tu aku nak keluar utk angkat kain baju di jemuran, nampak je aku bdk tu memberi salam dan memohon smbgan utk rumah kebajikan yang diwakilinya. Aku ckp padanya, salah ni dik, minta bantuan dr org lain sbb adik ni, bdk sklh lagi nanti polis tangkap, aku bergurau. Kami tak takut polis kak, kami takut Allah saja, jawab mereka berdua. Dlm Hati aku, bagus jwpn budak ni. Dgn niat membantu aku pun beli 2 kpg vcd yg di bawa budak tu Rm 20. Budak tu kata , semoga Allah murahkan rezeki kakak, Amiin, jwb aku.
Sebenarnya masa bdk2 tu dtg aku mcm tak brape percaya kat dokumen yg di tunjukkan, lunyai semacam je, dah tu siap suruh aku call no. yg tertera, dlm hati aku kata , kalau dr sendiket dah tentu dia blh jwb ya aje. So mengenangkan skrg ni ramadhan, aku pikir kalau betul alhamdulillah, msh ada juga bdk2 yg sanggup buat kerja2 kebajikan, kalau tak betul tak pe le kira aku bg pd budak tu, krn dia susah hingga sanggup buat kerja2 menipu org lain. Semoga lps ni Allah buka pintu hati mrk utk bertaubat.
 Nilah Cd yg aku beli ari tu, yg ni ok....yg satu lg tak boleh guna... Dua2 vcd adalah cetak sendiri guna CDR. Dlm hati aku nasib le ye.......
 ingat niat asal beli sbb nak bantu...
aku bkn apa dok berceloteh pasal bnda ni, saje kongsi pengalaman, lain kali bagi je duit kat org2 yg mcm ni, hati pun tak sakit kan...Kalau kita beli benda yg dibawanya tak tau ok atau tak.
Ok, jumpa lg. 



Thursday, August 18, 2011

cucur jagung

Salam.
Hari ini menu cucur jagung. simple resepi.
Bahan2 :
1 tongkol jagung di hiris
segenggam ikan bilis ditumbuk
1 cawan tepung
sedikit garam
1 biji bawang besar dihiris
1tangkai daun sup dihiris
cara2
gaulkan semua bahan dengan air sehingga menjadi doh cekodok.
Goreng dalam minyak panas hngga kekuningan.
Angkat dan tos. sedia dimakan dgn sos pencicah.
 Sebelum di goreng
Sesudah digoreng, sedap.. cubalah. Setakat resepi cam ni bdk kecik pun leh buat kan, haha..
Selamat berbuka puasa.


Monday, August 15, 2011

Mini roti john

Salam buat semua.
Menu hari ni simple je, Mini roti John.
Bahan 2 :
6 pcs roti sosej
 1pcs Isi ayam bahagian dada
3 ulas bawang kecil
 1 tangkai daun sup
5 biji telur
sedikit garam
Hiasan : Mayonis, cili sos dan kobis hiris
sedikit minyak masak
Cara 2 :
1) Isi ayam dikisar bersama bawang kecil dan garam
2) campurkan telur. daun sup yg dihiris dan bahan kisar bersama2 dan pukul sebati.
3) Letakkan minyak diatas kuali leper dan dadarkan 1 senduk campuran telur tadi
4) letakkan roti sosej yg dipotong 2 diatas telur tadi biarkan hingga masak.
5) setelah masak bahagian tengah boleh diisi dgn sayur kobis yg dihiris dan letakkan sos cili dan mayonis.
Untuk lbih detail boleh le tgk kat gerai roti john yang biasa dijual di pasar malam.
Simple tapi sedap...
 Untuk org dewasa, ada sos cili
Untuk si kecil tanpa sos cili.
Selamat Berbuka puasa.

Sunday, August 14, 2011

Majlis solat hajat n berbuka puasa

Salam buat semua. Khamis 11/8  yang lps tpt kerja aku mengadakan majlis bacaan Yassin, solat hajat untuk pelajar UPSR, solat terawikh dan berbuka puasa di sekolah. Anak aku yg sulong adalah salah seorang yang  akan menduduki peperiksaan UPSR selepas hari raya ni. Moga Allah beri kejayaan kpd anak aku, aamiiinnn.
majlis dimulakan dgn bacaan Yassin, dan ikuti dgn berbuka puasa dgn buah kurma dan teh o, slps itu terus solat maghrib. Kemudian majlis makan2, solat isyak, solat hajat dan solat terawikh. Majlis tamat dalam pukul 10.15 mlm. aku tak smpt nak bawa apa2 bekalan pd hari itu pasal, pukul 2.30 aku menghadiri mesyuarat pengakap daerah Port. Jadi ptg tu kami sekeluarga pergi berlenggang je... mcm teruk je perangai kan.. tapi tak pe mknn yg ada pun berlebih2, kakak kantin siap tapau kan cikgu2 utk buat makan sahur lg.. TQVM kak Ina Kantin. Moga Allah murahkan rezki akak. So hari tu aku relax abes, pasal tak yah msk tuk sahur.
Menu hari itu ialah :
Nasi putih
Rebung msk lmk kuning ngan perut
sambal bilis
sayur campur
ayam grg brmpah
Air tembikai / teh o
Agar2
Dah tu ada yang sponsor
mee goreng/ talam jagung/ buah melaka/ bubur lambuk
So, tu je cite buat kali ni.
 gambar tak banyak aku lupa nak amik gmbar ari tu, sibuk ..
Msh ramai yg blm msk dewan, makn lagi agaknya. Ada gak bdk2 yg smpt main mercun, gegak gempita sekolah dibuat nya.

Saturday, August 13, 2011

ifftar di surau al ehsan kota pendamar

IFTAR DI SURAU AL EHSAN
Salam semua. Hari ini, kali kedua diadakan majlis buka puasa bersama2 kejiranan tmn kota pendamar. Surau di sini mmg aktif mengadakan majlis ilmu, Alhamdulillah dpt juga  orang yang serba kekurangan seperti aku ni menimba ilmu. Sempena Ramadhan setiap pagi sabtu diadakan majlis qiamulail, bersahur, kuliah subuh, masak bubur lambuk. Pada petangnya dlm pkl 6.00 p.m diadakan ceramah, majlis buka puasa dan solat terawikh. Jadi sepanjang hari sabtu mmg penuh le aktivitinya. minggu lps ifftar ditaja oleh Restoran Ikram, minggu ni dan seterusnya  adalah majlis makan kejiranan iaitu pihak surau hanya menyediakan nasi putih, manakala lauk pauk di bawa dr rumah msg2. Minggu lps aku hanya bw kek lapis pandan. Hari ni pula aku bawa sotong goreng( gara2 terliur ngan sotong di blog azura rahman) dan kek coklat moist. mmg rasa seronok sbb dpt buka puasa ngan kwn2 dan mendengar ceramah dr Ustaz Wan Ji dapat mengisi kekosongan ilmu di jiwa ini. So view le gmbr2 yg spt aku amik tadi, di samping itu aku upload gambar chese cake yang ditempah Cikgu Wan Mrzuniah, tqvm kak Wan.
 muslimat tekun mdgr ceramah
 Iman dah buka puasa dulu
 muslimin dgr ceramah


 juadah hari ini
 sotong tak berapa nak jadi.
 Tambah tpg jagung baru nampak cantik
 bekalan , ready to pick up

 tak jd pulak stg ni, kene tmbah tpg jagung

Tuk mkn sdr, stobery n cery segar.
besday anak kak wan.

Saturday, August 6, 2011

Rendang tok

RENDANG TOK
Balik kg ari tu smpt belajar buat rdg tok ngan makcik. Ini lah hasilnya, tak hitam sangat pasal tak sabar menunggu santan pecah minyak.
Bahan 2 :
1kg daging
1sdb ketumbar*
1sdb jintan manis*
1sdk jintan putih
10 tangkai cili kering*
* bahan ni kena goreng dulu sblm kisar.
1 inci halia
2 inci lengkuas
6 batang serai ( 3btg kisar, 3 lagi ketuk)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 cawan gula merah
(semua bahan di atas di kisar halus bersama sedikit air)
1/2 kilo santan pekat
1 cawan kerisik
garam secukup rasa
cara2 memasak :
1) perap daging dgn bahan kisar selama 2 jam ( lagi lama lagi sedap )
2) masakkan santan hingga pekat ( hampir2 nak jadi tahi minyak )
3) masukkan daging yang di perap dan serai yg diketuk, tunggu daging lembut
4) masukkan garam dan kerisik apabila hampir masak, kacau dan angkat utk dihidangkan.Kalau suka masam2 boleh tambah pes asam jawa adabi. 
Rendang tok ni popular kat perak, sdp makan ngan apa2 jenis nasi, ketupat dan lemang.
selamat mencuba

Thursday, August 4, 2011

cake

Dah lama tak upload gambar cake. Sangat le busy skrg ni, minggu dpn nak ujian dah. So dok prepare soalan le skrg ni. Tqvm kepada yg meng order kek dari aku.
 order dr kak wan marzuniah, coklat indulgence
order dr herlis carrot cake
 yg ni bkn order tau, special tu my jiran sblh meja, hazura
 masa blk kg ari tu smpt belajar buat rendang tok ngan makcik
 ni pulak apam balik resepi dari blog chef haniliza. Aku curah ngan strawberry syrup
sedap resepi apam balik ni, first time cuba, rupa mmg tak cantik tapi rasa mmg sedap, anak2 semua suka. Nanti aku upload resepi. ok jumpa lg next celoteh.



Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan datang lagi

Salam buat semua.
Selamat menyambut ramadhan Al mubarak. Semoga kita sama2 berusaha untuk mndpt yg terbaik di bln ini. Moga Allah rahmati dan berkati kita semua. Bulan pose ni org pompuan mesti pening dok pikir nak msk apa tuk berbuka n sahur. Aku berazam tahun ni tak nak bazir2 dan msk yg simple je.. hehe.. tiap tahun azam mcm ni tapi kali ni , aku mesti cuba.
Ok, Miggu ni mmg amat sibuk jadi ini je le coretan kali ni.  Salam..