Followers

Sunday, August 14, 2011

Majlis solat hajat n berbuka puasa

Salam buat semua. Khamis 11/8  yang lps tpt kerja aku mengadakan majlis bacaan Yassin, solat hajat untuk pelajar UPSR, solat terawikh dan berbuka puasa di sekolah. Anak aku yg sulong adalah salah seorang yang  akan menduduki peperiksaan UPSR selepas hari raya ni. Moga Allah beri kejayaan kpd anak aku, aamiiinnn.
majlis dimulakan dgn bacaan Yassin, dan ikuti dgn berbuka puasa dgn buah kurma dan teh o, slps itu terus solat maghrib. Kemudian majlis makan2, solat isyak, solat hajat dan solat terawikh. Majlis tamat dalam pukul 10.15 mlm. aku tak smpt nak bawa apa2 bekalan pd hari itu pasal, pukul 2.30 aku menghadiri mesyuarat pengakap daerah Port. Jadi ptg tu kami sekeluarga pergi berlenggang je... mcm teruk je perangai kan.. tapi tak pe mknn yg ada pun berlebih2, kakak kantin siap tapau kan cikgu2 utk buat makan sahur lg.. TQVM kak Ina Kantin. Moga Allah murahkan rezki akak. So hari tu aku relax abes, pasal tak yah msk tuk sahur.
Menu hari itu ialah :
Nasi putih
Rebung msk lmk kuning ngan perut
sambal bilis
sayur campur
ayam grg brmpah
Air tembikai / teh o
Agar2
Dah tu ada yang sponsor
mee goreng/ talam jagung/ buah melaka/ bubur lambuk
So, tu je cite buat kali ni.
 gambar tak banyak aku lupa nak amik gmbar ari tu, sibuk ..
Msh ramai yg blm msk dewan, makn lagi agaknya. Ada gak bdk2 yg smpt main mercun, gegak gempita sekolah dibuat nya.

No comments:

Post a Comment