Followers

Monday, November 26, 2012

JOM BACA BUKU

Assalamualaikum.
Cuti sekolah ni eloklah tambah2 pengetahuan dengan membaca buku. Beli buku ni minggu lepas, tapi tak abis baca lagi. Sibuk dgn durian crepe n kek tempahan. Cabaran minggu ni menghabiskan kedua2nya. Kek figurine tu mmg dah khatam.


Saturday, November 24, 2012

DEMAM DURIAN CREPE

assalamualaikum...
Di perbualkan dimana- mana sahaja. Kat tpt kerja, di surau, di kwsn ke jiranan. Eh... kat mana nak dapat benda ni haa, teringin nak rasa. Itu ayat yang selalu di dengar. Kalau malas nak buat boeleh order ngan saya yer... jawap aku, hehee....



Tuesday, November 20, 2012

hokkaido chiffon cupkek

Assalamualaikum.
Betul ke nama kek ni macam gitu, Tu nama kat kedai kot. Yang ni aku buat ikut cara aku, guna yang segera2 je, janji rasanya sedap,
Kek (dapat dalam 14 biji kek)
150g royalle sponge mix
3 biji telur
30ml air
30 ml minyak
1sdt vanilla esen
1 sdt butter oil
Filling
125 gm instant custard
375ml susu cair/segar
Hiasan
gula ising
 
Cara2
1. Pukul telur bersama vanila sampai betul2 gebu, kalau bertanduk lagi baik. Tujuannya agar kek sponge akan terhasil seperti kek chiffon. masukkan tepung kek dan air, pukul lagi sampai gebu.
2. Masukkan minyak dan butterr oil kedalam adunan kacau kaup balik je ye, jangan nak pukul lagi, nanti kek tak gebu.
3. Masukkan adunan dalam acuan (3/4 ). Bakar 170c selama 20 minit atau sampai masak.
4. Sementara tunggu kek masak, bancuh adunan filling dengan mencampurkan kedua2 bahan dan kacau sebati sampai tepung larut sepenuhnya. 
5. Bila kek masak paipkan filling kedalam kek tadi. Taburkan gula ising kat atasnya sebagai hiasan.


 
Selamat mencuba. Tapi, rasanya mmg amat2 sedap. Kejap ada, kejap tiada.... masuk perut lee... 
 
 
 





Saturday, November 17, 2012

crepe Durian

Assalamualaikum.
Yang di idam dah depan mata, apa lagi.... nyum, nyum.nyum.. patutlah menjadi sebutan ramai. Hehe.. satu family suka.
 

 Nak tengok cara aku buat benda ni, view gambar kat bawah ye... resepi google kat internet je. Mmg ada mcm2 versi resepi, tapi orang kata yang bakers2 buat jual tu lain resepinya. Yg aku buat ni mmg big saiz, cik abang kata kalau kecik skt lg okey kot, sekali ngap je.







 Ni adalah hasil yg ke 6 , sbb yang per 1 - 5 dah masuk perut anak beranak untuk dirasa. Yg ni siap pesan, jangan makan, mama nak amik gambar untuk masuk kat blog, slps ni br makan ye... hehe..
 Sabar menanti....


Thursday, November 15, 2012

Wedges buat sendiri

 
Assalamualaikum
Cuti sekolah dah tiba... Jadi stok makanan kat rumah mesti ditambah untuk memenuhi selera anak2 yg tengah membesar. Menu minum petang saya hari ni, cheesy wedges. Buat sendiri dapat banyak sikit dan boleh makan puas2.
 
 Rebus kentang bersama kulitnya ( pastikan cuci bersih dan disental dengan kain yg kasar)
 Potong baji bila dah sejuk
 Bancuh tepung goreng ayam/ kfc atau yg sewaktu dengannya ( cair sikit )
 Golek atas tepung goreng yg belum bancuh.
 Yg ni tepungnya tebal sikit untuk difrozen, buat sarapan pagi esok.
 Yang ni untuk terus di goreng.
 Goreng dalam minyak yg betul2 panas.
 Toskan minyak
 Saya guna serbuk cheesy ni, Tapi saya bancuh cair dan tambah mayonis untuk memekatkannya. Saya rasa kalau guna serbuk ni sepenuhnya terasa amat masin. Tq kpd rakan yang beri saya serbuk ni. Anak2 memang suka cicah guna cheesy dip ni. Buatlah apa aja, kalau mencicah guna benda ni mmg licin pinggan.Pernah sekali aku buat cucur tepung dgn garam je, tapi selera je bdk ni makan.

Jom makan.

Saturday, November 3, 2012

Puding Pelangi/pancawarna

 
 Puding untuk Zainon Razak. Tuan punya belog kesah kaseh sayunk
 Baru je siap dimasak . Kuning kastard, merah strawberry paste, Hijau pandan paste n coklat koko powder. Harap2 cik Non suka yer.
 Puding yg telah diusik oleh anakku. Dah tak boleh nak touchup. Terpaksa masak lain untuk Pn Zainon. Siap kena warning budak tu hari ni.
 
 Memang rezeki kami anak beranak untuk makan puding hari ni. Alhamdulillah, sedap....
Hijau letak pandan paste, merah strawberry paste, Kuning castard dan biru, castard yang ditambah pewarna biru.
Resepi puding ni mak mentua yg bagi, dia dengar/ amik resepi ni dari radio PerakFM. Mak mentua pernah menang pertangdingan memasak masa hari merdeka untuk kaum ibu di kg. Tema hari merdeka sesuai le, buat color warna bendera malaysia. Terima kasih pada mak mentua n org yg berkongsi resepi ni. Moga Allah kurnia pahala kerana tak kedekut resepi.
 
RESEPI PUDING PANCAWARNA/PELANGI
Agar2 30 gm ( aku guna agar sepeket harga Rm2.90- 25 gm)
Air 8 cawan ( guna cawan standard 250 ml)
Gula 2 cawan ( Aku guna 1 1/2 je )
susu cair 1 tin
 (masa dah tuang susu aku tambah air cuci tin- elak membazir, campur dgn susu yg ada)
Tepung kastard 3 sudu besar
esen vanila 2 penutup
telur 6 biji (gred C jer )
CARA-CARANYA
1) didih agar bersama 8 cawan air hingga hancur, kemudian masukan gula.
2) sementara menunggu agar2 hancur, campurkan telur , tpg kastard, vanila dan susu dan kacau sebati. Tapis bahan ini untuk elakkan ia berketul.( Bahan B)
3) bila agar2 dah hancur, perlahankan api dan masukkan bahan B sambil mengacau cepat untuk mengelakkan puding berketul. jika dah sebati boleh kuatkan api dan kacau sampai mengelegak, tutup api dan siap untuk di bubuh perisa dan warna.
4) Bahagikan adunan kpd 4 bekas dan letak perisa atau pewarna mengikut kesukaan masing2 
5) Sediakan loyang dan masukkan puding berselang seli, masa ni dah tak boleh nak alih2 loyang takut warnanya bercampur, bila dah nak keras baru simpan dalam peti sejuk. masa letak adunan hendaklah pada tpt yang sama untuk dapatkan belangnya. Contoh, bila dah letak kuning 2 senduk, letakkan hijau diatas kuning tadi 2 senduk juga.kemudian masukkan pulak coklat di atas hijau pula. Seterusnya mskkan merah pula di atas coklat, ulangi proses hingga adunan habis.
 
 Tu jelah kisah puding kita hari ni. jumpa lagi.