Followers

Sunday, March 31, 2013

kek coklat 3-layer

 
Bahan kek (resepi dari FB : jom masak)
Bahan A
2cwn tpg gandum
1sdt baking powder
1sdt soda bikabonat
(campur semua bahan diayak 3 kali )
Bahan B
1 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1cawan susu pekat
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
( semua bahan dimasukkan dlm periuk dan dipanaskan dgn api prlahan hingga bahan larut)
Bahan C
2 biji telur A
1 sdt esen vanila
Cara2
pukul bahan c sampai gebu, kemudian masukkan bahan B dan pukul sebati, masukkan bahan A sedikit demi sedikit dan pukul hingga tak bergentil.
Bahagikan adunan dalam 3 mangkuk
bakar adunan satu persatu dalam loyang 9 inci yang digris dan dialas kertas dalam oven pada suhu 170 c selama 10-12 minit setiap lapis. Sejukkan kek.
Bahan untuk lapisan krim.
2 cawan krim non dairy
1sdb serbuk koko
2sdk serbuk nescafe dibancuh dgn 2sdb air panas
2 sdb gula aising
1 penutup perisa coklat
Semua bahan di campurkan dan pukul hingga kental.
Bahan ini untuk dilapis dalam kek ( rujuk gambar dibawah)
Untuk Toping
150gm coklat masakan
50 gm susu cair
1sdb mentega/marjerin
Semua bahan di masak double boil hingga cair, sejukkan sebentar sblm curah atas kek yg dah disejukkan dalam peti ais selama 1/2 jam,



 kek yg dah di salut krim dan sejukkan dalam peti ais utk dicurah topping
 kek yg siap dicurah toping, lebihan krim boleh diguna untuk buat hiasan.
 kepada semua selamat mencuba, kalau ada yang teringin nak order sy sudi menerimanya. jangan segan2 untuk mesej kat no tipun saya,



Thursday, March 28, 2013

Angel Hair Goreng Mudah

 Resepi mudah step by step
500g Pasta angel hair sedang di rebus. rebus sekejap je, sbb pasta ni halus drp spageti.
 Bawang besar n putih ready utk dicincang. Alat pencincang baru beli kat pasar pagi,rm 10. ok juga alat ni.
 Cincang kasar je

 2 sdb marjerin utk menumis
 Daging burger n sosej, lagi banyak lagi sedap
 Tumis bawang n daging burger dihancurkan dalam kuali
masukkan sosej n sos pasta
 
Tambahkan garam, gula n pati ayam
 Boleh tambahkan sos cili n tomato serta 1 cawan air


 Bahan penyedap masakan barat cheese( sy guna mozarela )

 Versi dalam kuali
Masakan mudah dari saya untuk anak2, kalau ada yg gemar makan sayur boleh tambah cendawan, keret  dan apa2 sayur.


Tuesday, March 26, 2013

Terima kasih Semua

assalamualaikum.
Alhamdulillah dapat dilapangkan masa hari ini untuk share beberapa gambar kek. Terima kasih kepada rakan2 yang sudi membeli kek dari saya. Kalau ada yang terkurang saya mohon maaf.
 Tq dilla, dilla order dr putrajaya untuk tunangnya di Northportklang
 kek perkahwinan dua tingkat tempahan Pn Raja Norlia untuk sahabatnya, color simbolik untuk penyokong BN dan PR

 Kek pelangi. Tq cikgu Basariah dan rakan2 SKBU
 Balck forest ni pun order dr cikgu Basariah
 Redvalvet cake
 selamat pengantin baru ustaz Hazlan
 Tq cikgu Khodijah
Sekali lagi terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya. Kepada rakan2 diluar sana yang rasa teringin nak membeli kek jangan segan2 untuk menghubungi saya. Harga kek adalah sangat berpatutan..hehee... Iklan promo jap ye...
Sekian jumpa lagi.