Followers

Friday, July 8, 2011

Resepi donat

Assalamualaikum.
Entry khas buat anak pengakap.
Hari rabu yg lalu, aku mengajar ahli pengakap memasak donut. kepada yg tak sempat salin resepi, boleh copy kat sini yek.

Bahan2
1 kg tepung gandum
1 pkt yis kering ( mauripan )
2 biji telur
2 cawan air ( 500 ml)
2sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 cawan marjerin

Minyak masak utk menggoreng
gula caster utk sira donut

cara2:
1) Semua bahan disatukan dalam bekas dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
2) biarkan doh rehat hingga mengembang 2x ganda dan uli semula doh.
3) bentukkan doh mnegikut bntk yg di sukai dan biarkan rehat sebentar.
4) goreng doh hingga kekuningan, angkat, toskan minyak dan boleh terus di sira dgn gula semasa masih suam.
 tengah tunggu giliran menggoreng
 macam2 bentuk ada
 menikmatan hasil masakan masing2
 aktiviti memasak adalah akt yg plg ramai kehadiran murid, nasib baik cukup donutnya.

4 kg tpg di uli , nasib baik 3 kg uli kat rumah guna mesin, 1 kg uli utk demo kat ahli2
 doh lebih 1/3 kilo cikgu bw balik n buat donut sosej.
hasil kerja org malas, donut gulung jadi donut tepek je, huhu... Tapi donut ni still lembut sampai pg esok, buat sarapan.. hehe..

No comments:

Post a Comment